Pages

Tuesday, 29 November 2011

jawab dulu 3 soalan



Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: “Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan tiga soalanku ini!”
“Apa dia tuan?”
“Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?” tanyanya sambil menahan kesakitan.
Orang di sekelilingnya menggeleng kepala tidak tahu.
Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: “Apakah yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?”
Orang sekelilingnya tambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.
“Dan ketiga, apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar?” tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pun orang di sekeliling sempat memberi respons, orang kaya yang cedera parah itu telah mati.
Pengajaran: Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan akidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan maslah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.
Sumber: majalah solusi april

No comments:

Post a Comment