Pages

Tuesday 29 November 2011

jawab dulu 3 soalan



Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: “Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan tiga soalanku ini!”
“Apa dia tuan?”
“Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?” tanyanya sambil menahan kesakitan.
Orang di sekelilingnya menggeleng kepala tidak tahu.
Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: “Apakah yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?”
Orang sekelilingnya tambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.
“Dan ketiga, apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar?” tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pun orang di sekeliling sempat memberi respons, orang kaya yang cedera parah itu telah mati.
Pengajaran: Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan akidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan maslah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.
Sumber: majalah solusi april

hmm tentang jin dan tugas maklaikat



soalan


assalamualaikum buat saudara seislam smua..
d sini sy ada sdkit pertanyaan:
jin adalah makhluk ALLAH yg d ciptakan dari api .. sprtimana yg kita ktahui , terdapat yang beriman dan terdapat juga yang kufur.. mereka juga akan dihisab menjelang HARI KIAMAT kelak..
persoalannya , siapakah yg mencatit segala pahala dan dosa mereka ? adakah malaikat ?sedangkan mereka juga adalah ghaib, sm sperti jin~


p/s: skdr soalan~




jawapan




asalamualaikum,,, ^_^ dgan melemparkan kata senyuman bukan bermakna sya seoarang yg periang,, hehehe,,, tp sya cuma boleh buat ayat atau jawapan simple je yg berbunyi ''KUN FAYAKUN'' =''maka terjadila''... ini bermaka allah swt boleh mnjadikan mustahil bg akal kita dan x mustahil bg ALLAH SWT,,, dan yg mencatit amal jin beriman adlah malaikat juga,,, ^_^


tugan malaikat pencatit adlah mncatit amal dan mungkar,,, itula tugasnya , x terkecuali jin , bg sya ada tertulis dlam surah berapa pon sya dah lupa lak yg menerangkan IBLIS (GOLONGAN JIN) adalah musuh yg NYATA,, sila lah fahami makna NYATA ,, utk pengetahuan juga,,, yg org barat selalu heboh2kan ttg alien dari angkasa lepas tu juga adlah dari golongan jin,,, wallahualam


bg sya jin bukan makhluk ghaib,,, jin adlah makhluk tersembunyi, iaitu mempunyai demensi yg berlainan dgan kita,,, jin juga x terkecuali utk dihisab, dan jin juga ciptaan allah,, allah mnciptakan sesuatu makhluk hanya utk beribadah,, jd bg sya jin juga sama spt golongan manusia yg akan dicatit amalanya,,, ^^

bz sngat maaf..

maaf kawan2  sebab terlalu bz dan tiada masa untuk blog ni hmm lepas ni pown agaknye akan semakin bz la... maaf semua....

Tuesday 1 November 2011

JAUHI ZINA HATI



Al-Hakim meriwayatkan: 

“Hati-hatilah kamu dari berbicara dengan wanita, sebab tiada seorang laki-laki yang sendirian dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.”



Yang terendah adalah zina hati dengan bernikmat-nikmat karena getaran jiwa yang dekat dengannya, zina mata dengan merasakan sedap memandangnya, dan lebih jauh terjerumus ke zina badan dengan berciuman, saling bersentuhan dan seterusnya hingga terjadilah persetubuhan.

Nauzubillahiminzalik... Mohon dijauhkan... Amiiinnn ya rabal alaminnn...